Friday, January 30, 2009

FUTSAL 30/01//2009

..::FUTSAL 30/1/2009::..

Sebelum perlawanan bermula. Siap termenung tu!!


terdapat 2 gelanggang iaitu Old Trafford n Highbury. Where is Anfield & Stanford Bridge??
yang baju biru tu,penganjur kejohanan!!


Pelbagai aksi ditonjolkan oleh pemain-pemain yang tak berbakat.


Pengadil masa,bole main bola ke??


Muka-muka kepuasan menyepak kaki!!


Maka,berlangsungnya acara rutin terbaru,futsal,yang dijalankan di 2-D Futsal,No. 6, Jalan Foss, Pudu, 55100 Kuala Lumpur pada pukul 9:00 malam sehingga 10:00 mlm. Seramai 18 pemain dari network,rNd, library,jabatan lain2 dan pengadil masa yang telah melanggar undang-undang futsal iaitu merokok tanpa henti. Penganjur acara,En Man Bashah,terkejut kambeng apabila melihat sambutan kali ini amat menggalakkan dan merancang untuk membuat perubahan pada minggu depan sekiranya pemain-pemain yang hadir seramai ini. Futsal kali dimeriahkan oleh faizal(disogok), rashdan(sebab mlm tu x pergi dating), En Kamal(tiada program badminton) dan En Zuber(saje nak test power) yang hadir buat julung kalinya. Agak mendukacitakan apabila penjaga gol terhebat team network,En Hamid Milok,tidak dapat menyertai futsal kali ini kerana dia mempunyai urusan di sekitar Damansara pada malam tersebut bersama kawan beliau. Tempat beliau telah digantikan dengan penjaga gol simpanan Team Network@Team Tingkat 14,Saudara Aizuddin yang hadir dengan memakai pakaian tentera. Beliau memakai pakaian begitu kerana hendak mengaburi mata striker pihak lawan dengan menyamarkan diri kelihatan seperti jaring-jaring padang futsal. Dengan ketiadaan pemain yang mempunyai kepakaran memijak,menglecek dan merembat bola dengan derasnya tiada, ramai penjaga gol berani bertindak liar dengan menerbangkan diri menangkap bola. Dilaporkan tiada kecederaan yang menimpa pemain-pemain. Cuma terdapat seorang pemain dari teknikal,hilang ingatan sementara kerana muka beliau terkena bola yang disepak oleh seorang pemain berbaju kaler lime.

Restoran Fathima,bile la dapat makan free..


Muka-muka kelaparan menunggu makanan.


Selama sejam berlalu,tokey futsal memberhentikan permainan. Ramai pemain-pemain kelihatan seperti tayar pancit. Bagi mengembalikan angin untuk tayar yang pancit itu,kami semua pergi melepak di Restoran Fathima,milik abg Saudara Yusof. Terima Kasih kepada saudara Jayabalan Venugopal kerana telah menaja makan malam pemain-pemain futsal pada malam tersebut.

kenapa ni? la,moto jem rupe nye. tolak,tolak.....!!!


Jumpa lagi pada minggu depan!!

1 comments:

sukahati said...

"Cuma terdapat seorang pemain dari teknikal,hilang ingatan sementara kerana muka beliau terkena bola yang disepak oleh seorang pemain berbaju kaler lime."

Sapekah??sapekah?? aku nak bersimpati neh...hahahahaha

Template by - Editor BESSAR |