Tuesday, February 24, 2009

Futsal

Tiada aktiviti futsal pada minggu ini kerana terdapat perlawanan bola sepak diantara
.
Team Suami Macho
vs
Team Bujang Lapok
.
pada 28/02/2009.
.
Aktiviti futsal akan dijalankan seperti biasa pada 06/03/2009.
Harap Maklum.

Monday, February 23, 2009

KL DAY RUN

AJK larian yang tak bertauliah sedang menguruskan pembahagian no peserta

No yang tak bertuah ( Editor )
Sebelum larian. Wangi je..

Semasa larian. Ne baru 5 KM,da saket pinggang..

Berdansa?


Jelitawan yang menyertai larian kali ini

Medal yang di menangi oleh saudara Hasif

Still dengan sijil yang sama,sijil penyertaan ye,bukan sijil kemenangan.


.

Ini adalah kali pertama editor bessar menyertai marathon setelah beberapa kali tidak dapat menyertai akibat masalah teknikal. Larian kali ini disertai oleh Mr Chan Kayu Ara, Hamid, Auzan, Syafiq, Hasif, Sumarlina, Jaya dan Haieezan. Larian dilepaskan pada pukul 7.30 pg. Pihak editor dimaklumkan,terdapat peserta yang berlatih untuk towerthon (1/3/09) pada larian ini. Dan ada pula peserta yang lari suka-suka di larian ini. KL Day Run kali ini dimenangi oleh manusia yang tidak dikenali, yang mencatat masa selama 29min sahaja untuk menamatkan larian sejauh 10.8KM. Catatan masa ini telah dicemburui oleh Mr Kayu Ara dan dia bertekad untuk memecahkan rekod tersebut. Kita ucapakan selamat maju jaya kepada Mr Kayu Ara. Ok,kite berjumpa di larian seterusnya, chow..

Tuesday, February 10, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN KE-25 (EDITOR BLOGGER BESSAR)


Kami selaku para pengkritik & pengkutuk² blogger mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG
KE - 25
UMUR MENINGKAT harap² tahun ni ada gak peningkatan,
Kita orang tunggu hang punya kek betul²...

Thursday, February 5, 2009

Transformasi Terbesar Pada Abad Ini


4TH FEBRUARY 2009




BEFORE




AFTER

Inilah motor terbaru Mr Kayu Ara. Mau tumpang ka tak mau??

Wednesday, February 4, 2009

Pra-Futsal 06/02/2009

Makluman,

Merujuk perkara di atas , Tuan-tuan , Dato- Dato , Tan Sri - Tan Sri, di minta untuk ke satu majlis permainan Futsal Suka- Suka yang akan diadakan pada

Hari : Jumaat ( 6 / 02 / 09)

Masa : 9 mlm sehinga 10 mlm

Tempat :http://www.gofutsal.com/modules/venues/main.php?op=v&alias=2dfutsal#Pudu

Bayaran : Rm 5 sahaja - sila membuat bayaran pada Tan sri syafiq Menteri kewangan yang tidak boleh dipercayai.( seberapa segera)

Friday, January 30, 2009

FUTSAL 30/01//2009

..::FUTSAL 30/1/2009::..

Sebelum perlawanan bermula. Siap termenung tu!!


terdapat 2 gelanggang iaitu Old Trafford n Highbury. Where is Anfield & Stanford Bridge??
yang baju biru tu,penganjur kejohanan!!


Pelbagai aksi ditonjolkan oleh pemain-pemain yang tak berbakat.


Pengadil masa,bole main bola ke??


Muka-muka kepuasan menyepak kaki!!


Maka,berlangsungnya acara rutin terbaru,futsal,yang dijalankan di 2-D Futsal,No. 6, Jalan Foss, Pudu, 55100 Kuala Lumpur pada pukul 9:00 malam sehingga 10:00 mlm. Seramai 18 pemain dari network,rNd, library,jabatan lain2 dan pengadil masa yang telah melanggar undang-undang futsal iaitu merokok tanpa henti. Penganjur acara,En Man Bashah,terkejut kambeng apabila melihat sambutan kali ini amat menggalakkan dan merancang untuk membuat perubahan pada minggu depan sekiranya pemain-pemain yang hadir seramai ini. Futsal kali dimeriahkan oleh faizal(disogok), rashdan(sebab mlm tu x pergi dating), En Kamal(tiada program badminton) dan En Zuber(saje nak test power) yang hadir buat julung kalinya. Agak mendukacitakan apabila penjaga gol terhebat team network,En Hamid Milok,tidak dapat menyertai futsal kali ini kerana dia mempunyai urusan di sekitar Damansara pada malam tersebut bersama kawan beliau. Tempat beliau telah digantikan dengan penjaga gol simpanan Team Network@Team Tingkat 14,Saudara Aizuddin yang hadir dengan memakai pakaian tentera. Beliau memakai pakaian begitu kerana hendak mengaburi mata striker pihak lawan dengan menyamarkan diri kelihatan seperti jaring-jaring padang futsal. Dengan ketiadaan pemain yang mempunyai kepakaran memijak,menglecek dan merembat bola dengan derasnya tiada, ramai penjaga gol berani bertindak liar dengan menerbangkan diri menangkap bola. Dilaporkan tiada kecederaan yang menimpa pemain-pemain. Cuma terdapat seorang pemain dari teknikal,hilang ingatan sementara kerana muka beliau terkena bola yang disepak oleh seorang pemain berbaju kaler lime.

Restoran Fathima,bile la dapat makan free..


Muka-muka kelaparan menunggu makanan.


Selama sejam berlalu,tokey futsal memberhentikan permainan. Ramai pemain-pemain kelihatan seperti tayar pancit. Bagi mengembalikan angin untuk tayar yang pancit itu,kami semua pergi melepak di Restoran Fathima,milik abg Saudara Yusof. Terima Kasih kepada saudara Jayabalan Venugopal kerana telah menaja makan malam pemain-pemain futsal pada malam tersebut.

kenapa ni? la,moto jem rupe nye. tolak,tolak.....!!!


Jumpa lagi pada minggu depan!!

Marathon Schedule - February 09


FTAA CROSS COUNTRY
at Lake Garden
15 / 02 / 2009
8 KM - Men Open
6KM - Veteran/Women Open

KL CITY DAY RUN

at Dataran Merdeka
22 / 02 / 2009
10KM - open


Template by - Editor BESSAR |