Monday, March 2, 2009

Suami Macho vs Bujang Lapok

Sebelum perlawanan bermula,hanya ada 3 org sahaja pemain bujang lapok. Memang la team bujang lapok kene baham.


Beliau melakukan sepak mula dengan merembat dari tengah padang. Tapi bola beliau terkena tiang saje.


Kemasukan pemain yang dikatakan punca perang saraf selama beberapa bulan ini


beberapa aksi-aksi ala kadar ditonjolkan oleh team Bujang Lapok


Pemain yang dikatakan tidak mempunyai pasukan kerana kedua-dua team tidak mahukan khidmat beliau.


Teknik Larian Terbang Ke Langit yang dimiliki oleh En Usop


Antara sebab punca kemenangan pasukan Team Suami Macho


Team Bujang Lapok memberi peluang kepada beliau untuk menjaringkan gol.


Beberapa pemain terpukau dengan aksi pemain ini cuba terbang untuk mendapatkan bola

Pengurus pasukan yang bertalam dua muka,tak tahula sokong team mane. hihi

Begi panjang muncung beliau untuk mencium piala kemenangan


Inilah piala yang diidam-idamkan selama 10 tahun oleh Suami Macho.



Pemain-pemain kelaparan,menelan apa sahaja yang ada,walaupun baju!!


Nak pegang piala,tak dapat. pegang cawan pun jadi la


Team Suami Macho yang memakai no jersey didepan...huhu


Berbangga selepas 10 tahun menunggu untuk mendakap piala ini.


Ini adalah pemain yang tidak bergitu perform sebab demam kus kus


Kegembiraan begitu jelas terpancar di muka-muka pemain walaupun bukan dari team Suami Macho. Terdapat seseorang cuba memboikot sesi fotografi ini.


Sesi temubual oleh pihak media bebes. Bole lah...


begitu emosional beliau ketika ditemubual



Beliau cuba mengelakkan diri dan keluarga dari dikejar pihak media.
tetapi tidak berjaya...


Salah seorang pemain Bujang Lapok yang cuba menyembunyikan diri dari ditemubual oleh pihak media.



Penyokong dan pemain simpanan yang diimport khas..



Aiks,kasut je? orang nyer mane? Tak main ke??



Pada 28.02.2009,pukul 8.30 pg,perlawanan ulangan diantara suami macho dgn bujang lapok diadakan selepas 10 tahun berlalunya perlawanan pertama. Perlawanan kali ini diadakan di Padang Bola Sepak Telekom,Semarak. Mereka yang menyertai perlawanan ini adalah:

Skuad Suami Macho :

-Ramdhan -Halim Hafiz -Nasrah -Asyhar -Asri -Yusof -Khafiz -Anuar -Nazrin -Faizal -Azman Azam -Nawi -Syazli -Amin -Amran -Halim Esham(off day) -Zainurin -Zuraidi

Skuad Bujang Lapok :
-Jaya -Chan -Auzan -Fairuz -Hamid -Aidil -Din -Khairil -Firdaus -Hafiz -Zubir -Syafiq -Rashdan -Usop tpm

Diawal perlawanan kurang seimbang dimana pemain-pemain bujang lapok kekurangan pemain disebabkan kelewatan hadir pada masa yang ditetapkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada separuh masa pertama,kedudukan Suami Macho 2, Bujang Lapok 0.

Pada separuh masa kedua,kesemua pemain Bujang Lapok tiba di padang. Strategi "ala kadar" digunakan bagi menghadapi team Suami Macho. Start wisel separuh masa kedua,beberapa asakan dilakukan ke kubu Suami Macho. Tetapi akibat daripada kegelojohan pertahanan Bujang Lapok untuk menyerang,kesempatan ini digunakan oleh team Suami Macho untuk melakukan counter attack. Mereka menggunakan seorang ayam tambatan yang diakui memang hebat. Sorang sahaja,bukan satu team. hehe.

Di akhir perlawanan berkesudahan :

Suami Macho 6
vs
Bujang Lapok 3



Match Stats

Suami Macho Bujang Lapok
Shots (on Goal) 14(9) 13(7)
Fouls 1 0
Corner Kicks 0 2
Offsides 0 0
Time of Possession 50.95% 49.05%
Yellow Cards 0 0
Red Cards 0 0
Saves 2 2


Terima Kasih kepada penaja-penaja yang menjayakan perlawanan kali ini. Penaja-penaja yang berhati mulia ini terdiri daripada :

-Encik Mohd Nor Amir - Pisang Kebun Jiran.
-Encik Abdul Halim Hafiz - Bayaran Padang
-Mr Siew Eduwide - Trophy
-Dan kepada mereka yg telah memberikan wang kutipan yg lebih dari sepatutnya.

Perlawanan seterusnya,dijangka diadakan pada bulan sebelum puasa. Semoga perlawanan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama staff. Wassalam.

*Gambar dalam proses..

1 comments:

Anonymous said...

Antara sobab menyobab pasukan Bujang Lapok kalah adalah mengikut kamus kawasan pendalaman di Indonesia "Lapok" adalah ertinya si "ANU" tu..he he he tu lah sebab kalah..

I'm sorry...

--majnun98

Template by - Editor BESSAR |